5 Sebab Perlu Belajar SEO untuk Buat Duit Dengan Blog

Kenapa anda perlu belajar SEO?

Tetapi sebelum menjawab soalan itu, anda perlu tahu, apa itu SEO? SEO adalah singkatan daripada perkataan Search Engine Optimization (Optimasi Enjin Carian). Ia merujuk kepada kebolehan sesebuah blog atau laman web untuk memenuhi keperluan enjin carian untuk dipaparkan sebagai carian utama bagi sesuatu perkara.

Terdapat 2 jenis SEO yang akan biasa kita dengar ketika belajar berblog iaitu On-Page SEO dan juga Off-Page SEO. On-Page SEO merujuk kepada optimasi-optimasi yang boleh kita lakukan dalam blog kita sendiri untuk menaikkan ranking blog kita dalam enjin carian.

Off-Page SEO pula merujuk kepada perkara di luar blog kita yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ranking dalam enjin carian. Ini termasuklah penghasilan backlink dan sebagainya.

Terdapat 5 sebab kenapa anda perlu belajar SEO jika nak buat duit dengan blog.

1. Percuma

SEO adalah percuma. Blog yang dioptimasikan dengan baik akan berada di halaman pertama enjin carian secara percuma, Jika anda menggunakan Google Adword ataupun Bing Ads, laman web anda mungkin akan berada pada muka pertama carian untuk subjek yang anda pilih. Tetapi ia memerlukan modal untuk membuat iklan tersebut.

2. Trafik

Berada dihalaman pertama akan meningkatkan trafik ke blog anda. Ini kerana apabila pembaca menaip sesuatu topik, blog anda adalah antara yang terawal yang tersenarai. Meningkatnya trafik akan meningkatkan lagi pendapatan blog anda.

3. Pengunjung Spesifik

Apa yang lebih menarik adalah, sekiranya blog anda mempunyai SEO yang baik, pengunjung yang datang ke blog anda adalah pengunjung yang betul-betul berminat dengan topik yang anda bincangkan. Seterusnya boleh memudahkan anda buat duit dengan blog tersebut.

4. Pendapatan Pasif

Katakan anda membuat satu blog berkenaan topik ‘rod memancing terbaik’. Setiap orang yang menaip ‘rod memancing terbaik’ di enjin carian akan lihat blog anda di halaman pertama.

Apabila anda dah mendapat ranking yang baik dalam enjin carian, anda tidak perlu bekerja keras lagi tetapi hanya perlu menghabiskan masa beberapa jam seminggu untuk memantau blog anda. Walaupun masa untuk mengemaskini blog kurang tetapi pendapatan masih lagi diperolehi kerana blog anda akan sentiasa dilhat oleh orang yang mencari maklumat atau nak beli rod memancing.

5. Penjenamaan

Jika anda bejaya ranking untuk sesuatu topik, blog anda akan kerap dilihat pembaca yang mencari topik tersebut. Ini akan menjadikan blog anda sebagai satu jenama yang diyakini dalam topik yang anda ketengahkan.

Ok.

Belajar SEO sebenarnya tidak sesukar yang disangkakan. Anda dapat memahami tentang SEO dengan lebih baik dengan menonton video percuma ini. Apa yang lebih penting adalah untuk anda mempraktikkan apa yang telah anda belajar dalam video-video tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *