12 Cara Buat Duit Dengan Blog

Terdapat banyak cara buat duit dengan blog. Buat duit dengan blog secara umumnya terdiri dari 2 jenis iaitu buat duit dengan blog secara langsung dan buat duit dengan blog secara tidak langsung. Apa beza kedua-dua cara buat duit dengan blog ini?

Buat Duit Dengan Blog Secara Langsung

Apa yang saya maksudkan dengan buat duit dengan blog secara langsung? Ia adalah keadaan dimana blog itu sendiri menjana pendapatan tanpa ada jualan produk. Blog yang buat duit dengan pengiklanan seperti Google Adsense, Innity, Nuffnang dan lain-lain adalah dalam kategori ini.

Buat Duit Dengan Blog Secara Tidak Langsung

Blog juga boleh menjadi platform untuk kita buat duit secara tidak langsung seperti memberi maklumat tentang sesuatu produk yang dijual ataupun menjadi sebagai platform untuk memberi maklumat tentang event atau kegiatan berbayar yang dilakukan seperti ceramah, kelas dan lain-lain.

Di sini saya senaraikan 12 cara buat duit dengan blog secara langsung dan juga tidak langsung. Sebahagiannya saya sendiri lakukannya dan dah berjaya buat duit dengan blog.

1.Google Adsense

Sesiapa yang ada blog saya memang sarankan perlu mohon akaun Google Adsense. Google Adsense adalah antara platform pengiklanan terbesar di dunia dan menjadi pilihan jutaan blogger di dalam dan luar negara. Apabila anda mendaftar di Google Adsense, anda boleh meletakkan iklan di dalam blog anda dan setiap paparan dan klik pada iklan yang anda letakkan pada blog anda akan dibayar oleh Google Adsense.

Tetapi, mendaftar di Google Adsense bukanlah sesuatu yang mudah. Apabila anda mendaftar, blog anda akan disaring terlebih dahulu dalam masa 1 hingga 2 minggu sebelum pihak Google maklumkan bahawa permohonan anda untuk mendapat akaun penuh Google Adsense berjaya atau tidak. Pihak Google akan memberikan alasan melalui emel kenapa blog anda masih belum berjaya untuk mendapat akaun penuh Google Adsense.

Sekiranya anda gagal untuk pertama kali, anda perlu membuat penambahbaikan berdasarkan emel yang diterima daripada Google Adsense dan selepas penambahbaikan dilakukan, anda boleh membuat permohonan semula.

Ada blog yang hantar permohonan sekali sahaja sudah berjaya untuk mendapat akaun penuh Google Adsense. Ada juga yang perlu buat penambahbaikan berkali-kali sebelum berjaya mendapatkan akaun penuh Google Adsense.

Kenapa orang suka Google Adsense? Salah satu sebabnya adalah jika anda dah berjaya mendapatkan akaun Google Adsense, anda boleh letakkan iklan di blog anda yang lain juga (selain daripada blog yang didaftarkan). Dan anda akan dibayar walaupun anda jarang update blog anda.

Pembayaran dari Google Adsense hanya akan dibuat apabila nilau terkumpul dalam akaun anda mencapai USD100 atau lebih.

Dengan Google Adsnese juga anda tak perlu untuk menjual barang dan banyak blog yang berjaya buat duit dengan Google Adsense sehingga ribuan dolar dalam sebulan.

Jadi tidak hairanlah jika Google Adsense adalah pilihan utama kebanyakan blogger di dunia kerana pendapatan dari Google Adsense menghampiri kepada pendapatan pasif.

2. Mobicow

Jika pengunjung blog anda kebanyakannya adalah daripada pengguna peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, anda boleh menggunakan Mobicow untuk menjana pendapatan daripada pembaca blog anda. Mobicow berfungsi dengan memaparkan iklan hanya kepada pengguna yang membaca blog kita menggunakan peranti mudah alih.

Jika pembaca menggunakan desktop untuk membaca blog kita, Mobicow tidak akan aktif.

Mendaftar di Mobicow sangat mudah dan tiada saringan yang ketat sepertimana Google Adsense. Hampir semua jenis blog sama ada baru atau lama boleh mendaftar di Mobicow dan anda boleh mula buat duit dengan blog anda.

Bayaran akan dibuat apabila nilai minimum USD10 dicapai dalam akaun anda.

3. Nuffnang

Nuffnang adalah antara pengiklan yang paling popular di Malaysia. Mana-mana blog yang masih belum berjaya mendapatkan akaun penuh Google Adsense boleh menggunakan Nuffnang untuk buat duit dengan iklan di blog. Pendaftaran di Nuffnung juga lebih mudah berbanding dengan Google Adsense.

4. Program Affiliate

Jika anda masih baru dalam dunia blog, anda mungkin masih kurang jelas tentang konsep affiliate. Biar saya terangkan dengan lebih jelas.

Program affiliate adalah program dimana kita menjadi agen untuk produk orang lain. Katakan individu A mempunyai produk A, kemudian blogger B mendaftar dengan program affiliate individu A untuk mempromosikan produk A. Apabila blogger B mendaftar, dia akan dapat satu link khas (link affiliate) yang mana apabila pembelian dilakukan dari link tersebut, blogger B akan dapat komisyen.

Terdapat dua jenis program affiliate iaitu yang berbentuk marketplace dan juga individu. Program affiliate individu biasanya memberikan komisyen yang lebih tinggi antara 30% hingga 70%. Manakala program affiliate marketplace memberikan komisyen yang lebih rendah iaitu antara 1%-20% sahaja.

Program affiliate yang berbentuk individu yang boleh anda sertai adalah seperti di Onpay, Klikjer dan program affiliate individu lain.

Program affiliate yang berbentuk marketplace pula adalah seperti Involve Asia, Jamu Mall, Lazada dan lain-lain.

Untuk buat duit dengan blog menggunakan program affiliate, anda perlu mempromosikan produk di dalam blog anda sama ada di dalam artikel yang anda tulis ataupun dengan menggunakan banner iklan.

5. Dropship

Anda juga boleh menjual barang secara dropship menggunakan blog. Anda boleh buat satu blog review ataupun blog yang berbentuk separa ecommerce dan promosikan barang tersebut.

Banyak contoh anda boleh lihat dari penjual-penjual produk Shaklee yang menjual dengan cara ini. Anda juga boleh buat benda yang sama tetapi menjual secara dropship barangan lain.

Kenapa menjual secara dropship? Sebab utama adalah menjual secara dropship tidak memerlukan modal untuk dimulakan. Anda juga tidak perlu simpan stok barang tersebut. Apabila ada pelanggan yang bayar untuk membeli, anda hanya perlu buat tempahan dengan pemilik produk tersebut dan pemilik akan terus hantar kepada pembeli anda.

6. Jual Barang Sendiri

Anda juga ada pilihan untuk menjual barang anda sendiri. Anda boleh buat satu blog yang berkaitan blog anda dan dalam masa sama promosikan barang anda. Setiap hasil jualan daripada promosi di blog anda juga adalah salah satu pendapatan blog anda.

7. Jual Perkhidmatan

Satu lagi cara buat duit dengan blog adalah dengan menawarkan perkhidmatan yang anda lakukan di blog. Perkhidmatan ini boleh jadi perkhidmatan secara fizikal ataupun secara maya.

Perkhidmatan fizikal adalah seperti anda menawarkan perkhidmatan membaiki paip di blog anda. Manakala perkhidmatan maya adalah seperti perkhidmatan penulisan artikel, buat grafik dan lain-lain.

Anda boleh tawarkan apa sahaja bentuk perkhidmatan yang anda boleh lakukan.

Anda juga boleh menawarkan perkhidmatan yang anda tidak lakukan sendiri tapi anda boleh minta pihak ke 3 untuk lakukan bagi pihak anda. Anda hanya perlu berhubung dengan pelanggan sahaja.

8. Jual Ebook

Jika anda ada kepakaran atau kebolehan dalam apa-apa bidang, anda boleh tulis kepakaran tersebut dalam bentuk ebook dan jual melalui blog anda. Anda boleh juga daftar dalam sistem affiliate seperti Onpay atau Klikjer untuk memberi peluang kepada orang lain untuk mempromosikan ebook yang anda tulis.

Jika anda tidak mampu untuk menulis ebook sendiri, anda juga boleh menjual ebook orang lain melalui program affiliate.

9. Jual Video

Anda juga boleh buat video berkenaan sesuatu topik yang anda mahir untuk dijual. Tapi pastikan video tersebut jelas dan dapat difahami dengan baik oleh orang lain.

Jualan video boleh dibuat secara fizikal iaitu dengan menjual cakera padat (CD) ataupun boleh juga secara tontonan online. Lebih mudah jika anda berikan video yang anda jual secara online seperti melalui Youtube atau Vimeo. Youtube membenarkan anda memprivatekan video anda dan hanya orang yang mempunyai link video tersebut boleh menonton video tersebut.

Selepas pembeli membuat bayaran, berikan link video anda kepada pembeli. Jimat kos cakera padat.

10. Pengiklanan Terus

Jika blog anda sudah mempunyai ramai pembaca, ada pengiklan yang akan terus menghubungi anda untuk memohon iklan mereka diletakkan dalam blog anda. Biasanya iklan adalah dalam bentuk banner dan harga yang ditetapkan adalah berdasarkan berapa banyak pembaca blog anda.

Lebih banyak pembaca blog, lebih tinggi harga yang boleh anda tetapkan untuk pengiklan meletakkan iklan di blog anda.

11. Coaching / Ceramah

Ceramah bukanlah cara buat duit dengan blog secara terus. Blog biasanya hanya digunakan untuk mempromosikan class yang akan dijalankan dan memberi maklumat berkenaan masa, tarikh dan tempat untuk ceramah tersebut.

12. Sponsored Artikel

Anda juga boleh buat duit dengan blog melalui artikel tajaan. Pengiklan biasanya akan mencari blogger yang nak menulis berkenaan produk mereka dan blogger akan dibayar selepas artikel ditulis dan memuaskan.

Kebiasanya, cara buat duit dengan blog akan menggunakan gabungan beberapa cara yang tersenarai di atas. Jika anda baru sahaja nak belajar cara buat duit dengan blog, anda perlu cuba sebanyak mungkin cara yang tersenarai dan lihat mana yang paling sesuai dengan diri anda. Setelah anda dapat cara yang terbaik untuk anda, fokus pada cara tersebut tambahbaik dari semasa ke semasa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *